CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2185|Reply: 0

[Sabah] Ekspo Borneo 2024 di SICC, 3 hingga 5 Mei

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:10 AM | Show all posts |Read mode


PERJANJIAN: (Dari kiri) Penganjur bersama Ekspo Borneo 2024, Persatuan Pembangunan Eko & Usahawan Sosial Sabah Datin Jeanette Tambakau; Presiden Transformasi Usahawan Sabah (SET) Datuk George Lim; Brandon, Pengerusi Perhubungan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Sabah Patrick Chiam; Pengarah Pembangunan Kawasan Sabah JCI Malaysia Paul Chia; wakil Majlis Tindakan Pengguna Negara Ni Chen Chuen selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

KOTA KINABALU: Ekspo Borneo 2024 iaitu acara perniagaan pasca pandemik terbesar Sabah akan diadakan bermula 3 hingga 5 Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Ekspo berkenaan akan dianjurkan oleh Borneo Referral Group (syarikat pengurusan BNI Sabah North) dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk memupuk kerjasama perniagaan dalam kalangan usahawan Sabah serta memperkenalkan perniagaan di negeri ini kepada penduduk tempatan dan negara lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Referral Group yang juga Pengarah Pembangunan Kawasan Wilayah BNI Sabah North Brandon Chin berkata, selain pameran usahawan, turut diadakan sesi padanan perniagaan, ceramah, larian, sesi rangkaian persatuan, makan malam gala, serta acara siaran langsung hiburan.

“Dengan inisiatif baharu ini, Ekspo Borneo 2024 bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan kami meluaskan rangkaian mereka, mewujudkan hubungan perniagaan domestik dan antarabangsa, pertukaran pengetahuan dan platform untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka sekali gus mempromosikan Sabah.

“Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan persatuan perniagaan seperti Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Junior Chambers International Moyog Chapter (JCI Moyog), Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan banyak lagi dalam perbincangan untuk membawa komuniti perniagaan tempatan dan negara untuk menyertai ekspo perniagaan pertama di Sabah ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih 200 gerai pameran usahawan terdiri daripada kira-kira 10 industri seperti automotif, perkhidmatan perniagaan, bahan binaan, pembinaan dan rekaan dalaman, acara perkahwinan, kewangan, kesihatan dan kesejahteraan serta pelancongan.

“Kami bersyukur kerana mempunyai beberapa jenama antarabangsa seperti BYD dan Coway serta jenama tempatan seperti TCT Trading, Onaki, HAG Store dan Cocoa Kingdom menyertai ekspo kali ini.

"Program ekspo ini direka untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan dengan Borneo Talk, penekanan K2B, penglibatan komuniti dan pelajar sekolah serta aktiviti berorientasikan keluarga," jelasnya.

Beliau berkata, sasaran pengunjung adalah mereka yang ingin mencari produk atau perkhidmatan baharu, pembekal atau pengilang yang ingin menceburi pasaran luar negara dan juga mereka yang ingin belajar daripada inisiatif K2B.

Brandon berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 5,000 pengunjung akan melawat ekspo itu dengan menyasarkan hasil pendapatan kira-kira RM3 juta sepanjang acara tiga hari itu berlangsung.

Pada sidang media itu, Borneo Referral Group menandatangani perjanjian dengan penganjur bersama Ekspo Borneo 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.411985 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list