CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 0

[Sabah] KTC, UPPM rai anak yatim sempena Ramadan di seluruh Sabah

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:07 AM | Show all posts |Read mode


DEXTER LAU

KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) menjalin usaha sama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) menerusi inisiatif baharu Program Amal Berbuka Puasa.

Program berkenaan dianjurkan bagi menyokong golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik serta rumah anak yatim sepanjang bulan Ramadan ini.

Ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada keluarga kurang berkemampuan dan anak-anak yatim di seluruh Sabah.

Inisiatif ini merangkumi komitmen tidak berbelah bahagi KTC dan UPPM untuk berkhidmat kepada masyarakat serta meningkatkan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau berkata, menerusi Program Amal Berbuka Puasa, KTC dan UPPM akan menganjurkan majlis berbuka puasa di beberapa lokasi di seluruh Sabah.

Katanya, usaha itu bagi memastikan keluarga yang menghadapi masalah ekonomi mendapat sokongan penting sepanjang Ramadan.

Selain itu jelasnya, rumah anak yatim akan dilawati dan para anak yatim berpeluang memilih baju raya kegemaran mereka di Pasar Raya Servay.

"Ini mencerminkan komitmen bersama dalam organisasi korporat dan kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menyebarkan kebahagiaan sepanjang Ramadan.

"Program Berbuka Puasa anjuran UPPM bertujuan menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan untuk berkongsi tradisi berbuka puasa bersama.

"Ia dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di 25 lokasi seluruh Sabah bermula dari Kalabakan dan berakhir di Keningau," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Program Iftar akan menampilkan juadah berbuka puasa yang mengumpulkan golongan anak yatim dan kurang berkemampuan untuk menikmati juadah berbuka puasa, dan mengeratkan ikatan persahabatan dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, inisiatif itu turut menekankan komitmen teguh UPPM untuk menggalakkan keterangkuman, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan penduduk Sabah.

"Sempena Ramadan tahun ini, kami sangat teruja untuk melancarkan Program Berbuka Puasa dan membeli-belah baju raya bagi anak-anak yatim dan ini satu inisiatif yang merangkumi semangat prihatin, kemurahan hati dan perpaduan.

"Sementara kita menyambut bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama sebagai satu komuniti untuk meraikan nilai-nilai yang dikongsi bersama dan menggalakkan keharmonian dalam kalangan penduduk Sabah dan membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di seluruh negeri ini," katanya.

Beliau berkata, pihak UPPM turut mempelawa individu, perniagaan dan organisasi untuk menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa melalui sumbangan dana, barangan makanan atau bantuan sukarelawan.

"Bersama-sama kita memberi impak positif dan menyebarkan harapan dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan," jelasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list