CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 0

[Sabah] Lelaki tidak jawab panggilan ditemukan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:06 AM | Show all posts |Read mode


SDR: Mangsa ditemukan maut di bahagian dapur rumah.

KOTA KINABALU: Rasa hairan seorang lelaki selepas bapa saudaranya gagal dihubungi akhirnya terungkai apabila mayat hampir reput ditemukan di rumah kuarters sebuah agensi kerajaan di Jalan Sulaman, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat lelaki warga emas berumur 66 tahun itu ditemukan sebaik anak saudaranya yang bertugas di luar kawasan sejak lima hari lalu pulang ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk.

Beliau berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur rumah kira-kira jam 9.30 malam.

Katanya, mangsa dikatakan tinggal seorang diri selepas dua anak saudaranya tidak pulang ke rumah kerana masing-masing bertugas di luar kawasan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai sejarah penyakit paru-paru berair dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) Februari lalu.

"Anak saudara mangsa pernah cuba menghubunginya namun tidak berjawab dan kejadian hanya disedari ketika pulang ke rumah Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Zaidi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi.

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.993972 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list