CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 0

[Sabah] Sembilan KIR mangsa kebakaran Kg Bakalau terima sumbangan zakat

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:05 AM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Ruslan menyampaikan sumbangan kepada Baharuddin sempena majlis itu.

BEAUFORT: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Bakalau, kelmarin.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, sebanyak sembilan KIR mangsa kebakaran menerima sumbangan zakat yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Amin Kg Bakalau.

Ekoran kejadian itu lapan buah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

"Menerusi lawatan sebelum ini kita telah melihat keadaan di mana kediaman mereka musnah sama sekali dalam kejadian kebakaran dan ini mendorong kita untuk membantu mereka yang memerlukan dan hari ini kita datang menyampaikan bantuan itu.

"Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam situasi ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mana mereka sedang berpuasa. Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.


ALBUM: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian KIR mangsa kebakaran di Kg Bakalau yang menerima sumbangan itu.

"Selain daripada pusat zakat juga saya difahamkan wakil rakyat Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan ini juga menghulurkan sumbangan termasuk agensi daripada kebajikan, orang perseorangan dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

"Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada mangsa kebakaran termasuk bantuan keperluan dan makanan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua atas sumbangan murni itu, " katanya.

Sementara itu, salah seorang KIR mangsa kebakaran, Baharuddin Hasamu ketika ditemui pemberita berkata, beliau amat berterima kasih atas sumbangan daripada pusat zakat bagi membantu golongan sepertinya yang ditimpa musibah.

Katanya, bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga untuk mendirikan semula kediamannya yang telah musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Aini Baharuddin, 28, turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada pusat zakat kerana menyalurkan sumbangan itu bagi membantunya membina semula rumah di tapak asal yang ketika ini terpaksa berteduh di rumah jiran beliau.

Sebahagian sumbangan itu juga menurut Aini akan dimanfaatkan untuk keperluan lain terutama persiapan di bulan Ramadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list