CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10191|Reply: 0

[Sabah] Lori treler hilang kawalan, punca berlaku kemalangan maut

[Copy link]
Post time 13-3-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Keadaan van pelancong selepas bertembung dengan lori treler terbabit.

SEMPORNA: Lori treler hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dipercayai punca berlakunya kemalangan yang meragut nyawa dua pelancong asing di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau, di sini, semalam.

Kemalangan itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu treler, van pelancong dengan sebuah lori box, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelanggaran berlaku disebabkan lori treler hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan jalan sebelah kanan.

“Seterusnya berlanggar dengan van pelancong dari arah depan dengan muatan penumpang seramai lima warga Singapura, satu warga Vietnam berusia lingkungan 11 hingga 71 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, serpihan kemalangan terbang ke cermin hadapan lori box yang berada di belakang treler mengakibat cermin hadapan lori berkenaan pecah," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohd Farhan berkata, pemandu treler dan lori box terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

“Dua penumpang van warga Singapura dan Vietnam berusia lingkungan 40 dan 60 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat lagi penumpang van pelancong warga Singapura parah dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 29 tahun terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021 dan Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/12/lori-treler-hilang-kawalan-punca-berlaku-kemalangan-maut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.170124 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list