CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10251|Reply: 1

[Sabah] Kakitangan kerajaan ambil suapan, pilih syarikat sendiri sebagai pembekal makanan, minuman

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang kakitangan kerajaan didenda RM240,670 bagi 20 pertuduhan berkenaan tindakan mengambil suapan untuk membolehkan syarikat miliknya dipilih sebagai pembekal makanan dan minuman membabitkan pelbagai projek yang diadakan di peringkat daerah Papar.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Henry Uning, 45, di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam.

Berdasarkan 20 kertas pertuduhan itu, tertuduh sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Papar menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bermula Jun 2014 sehingga Mac 2016.

Kakitangan kerajaan terbabit diberikan kuasa untuk menyediakan dokumen kewangan bagi Pusat Kos Pejabat Kesihatan Daerah Papar dan menggunakan kedudukannya bagi Nota Minta dan Buku Vot untuk mendapatkan suapan dan mengemukakan sebutharga sebuah

syarikat miliknya untuk dipilih sebagai pembekal makanan dan minuman bagi pelbagai projek yang akan diadakan di sini.

Projek terbabit termasuklah mesyuarat, lawatan audit, projek pembaikan klinik, lawatan penyeliaan, pembekal banting, pembekal pencetak, gotong-royong, operasi bersepadu dan sebagainya.

Tindakan tertuduh kemudiannya menyebabkan syarikat miliknya itu berjaya dipilih untuk melaksanakan pembekalan terbabit dengan membabitkan nilai sehingga RM30,793.

Untuk kesalahan itu tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta sama.

Hukuman terbabit memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 setiap satu pertuduhan bagi 15 pertuduhan manakala lima pertuduhan lain masing-masing berjumlah RM16,995, RM17,250, RM22,550, RM11,250 dan RM22,625 dengan melibatkan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM240,670.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh berdepan hukuman penjara tiga hingga enam bulan bagi setiap pertuduhan serta penjara selama setahun bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah membenarkan permohonan rayuan tertuduh difailkan dalam tempoh 14 hari dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan bertarikh 26 Ogos 2020.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 01:38 PM | Show all posts
Senang betul buat duit ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.854807 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list