CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2582|Reply: 0

Nooa sedar persaingan sengit rebut posisi tengah

[Copy link]
Post time 13-3-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode

NOOA (kanan) berlatih bersama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Oman. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Perebutan posisi bahagian tengah tampak sengit membabitkan beberapa nama besar antara pemain senior dan junior dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.

Perkara itu diakui tonggak tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Hamzah Laine yang kini berlatih bersama pasukan bimbingan Kim Pan-gon bagi persediaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat, pada 22 Mac ini dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, empat hari kemudian.

Nooa, 23, antara 11 pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara yang dipanggil berlatih dan diberi peluang merebut tempat bersama pasukan senior itu sebelum ke Oman nanti.

Berdasarkan situasi semasa, persaingan merebut tempat bukan mudah apabila Nooa perlu bersaing dengan beberapa tonggak lebih berpengalaman seperti Stuart Wilkin, Brendan Gan, Endrick dos Santo, Syamer Kutty Abba dan Mukhairi Ajmal.



Begitupun, dia yang kini bersama pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) mengakui akan berkerja keras bagi memikat perhatian Pan-gon untuk dibawa ke Muscat nanti.

"Ada pemain lebih berpengalaman daripada saya dalam skuad kebangsaan dan saya akan berikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan.

"Saya rasa kita mempunyai peluang walaupun Oman adalah pasukan yang bagus. Sudah tentu apabila anda bermain di gelanggang sendiri anda ingin menang dan kita harus mencuba peluang itu.

"Saya rasa posisi nombor 6 atau nombor 8 (posisi yang dia inginkan), namun saya tidak terlalu memikirkannya. Semua pemain sangat bagus dan anda harus berjuang untuk meraih posisi itu," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan, semalam.

Untuk rekod, Nooa adalah nadi utama skuad B-23 negara yang dijadual memulakan kem latihan terakhir sebelum menghadapi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, pada bulan depan.

Pada masa sama, Nooa percaya skuad senior negara bakal tampil ampuh biarpun sedang 'berperang' dengan masa ekoran masalah kecergasan pemain yang baharu kembali menjalani latihan selepas berehat sejak saingan Liga M berakhir Disember lalu.

"Sudah tentu ada perbezaan untuk beraksi ketika musim berlangsung dan kita baru sahaja menjalani pramusim. Ada perbezaan khususnya daripada segi kecergasan perlawanan.

"Tetapi saya lihat perkara ini bukanlah satu masalah kerana kita masih ada cukup masa dan barisan kejurulatihan melakukan kerja yang baik untuk persiapan kita menentang Oman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rebut-posisi-tengah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.123903 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list