CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Didenda RM1,000 kerana simpan daging, kepala kijang

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Perhilitan membawa barang bukti di Mahkamah Sesyen Seremban. FOTO Azrul Edham

Seremban: Gara-gara menyimpan kepala dan daging kijang, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rosli Amat, 53, yang bekerja sendiri mengaku bersalah di hadapan Hakim Mazni Nawi, selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan bahagian kepala dan daging Kijang (Muntiacus muntjac) seberat 1.4 kilogram iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] tanpa suatu lesen.

Perbuatan itu dilakukan di premis kediaman tidak bernombor di Kampung Paya Renggoh Johol, Kuala Pilah, kira-kira jam 10.45 pagi, Mac 2021.



Justeru, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 60(1)(a) Akta 716 dan boleh dihukum di bawah seksyen 60(1) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Gilmoore G Bolongon memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh.

Gilmoore berkata, kijang adalah haiwan yang dipelihara serta dilindungi kerana mengalami ancaman penurunan populasi akibat pemburuan haram yang mana daging hidupan liar mendapat permintaan tinggi.

Katanya, kerajaan banyak menghabiskan wang untuk program memulihara hidupan liar, namun ia hanya membazir wang negara sekiranya orang awam sendiri tidak memberikan sokongan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengemukakan rayuan secara bertulis yang tidak dibacakan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dan jika gagal bayar, boleh dipenjarakan selama sebulan.

Sementara itu, di kamar sama, seorang lagi tertuduh, M Devanraj, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan biawak puru (Varanus nebulosus) tanpa permit di Kilometer 10, Jalan Simpang Pertang- Manchis, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 5 Jun 2021.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta 716 yang boleh dihukum di bawah seksyen 68 (1) Akta yang sama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aging-kepala-kijang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list