CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Johor] Kelibat tiga harimau belang dirakam di Mersing

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 13-3-2024 12:21 PM



TANGKAP layar video tular kelibat tiga harimau belang melintas jalan dirakan pengguna jalan raya berhampiran Ladang Mados, Lenggor, di sini, malam tadi.





Mersing: Kelibat tiga ekor harimau belang melintas jalan dikesan berhampiran Ladang Mados, Lenggor, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, seorang pengguna jalan raya berjaya merakam video kelibat tiga harimau belang yang melintas jalan sebelum berjalan ke kawasan hutan di situ.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Amin, berkata kakitangan agensi itu sudah dihantar ke lokasi berkenaan bagi membuat siasatan selepas video kelibat tiga harimau belang itu tular sejak malam tadi.

Bagaimanapun, Aminuddin mengesahkan kawasan berkenaan adalah habitat semula jadi pelbagai spesis hidupan liar termasuk harimau belang berikutan lokasinya berhampiran Hutan Simpan Mersing.


Katanya, walaupun lokasi berkenaan jauh dari kawasan penempatan manusia, pihaknya akan memantau supaya populasi harimau belang itu tidak tersesat dan memasuki kawasan penempatan awam.



"Sebelum ini memang sudah ada laporan mengenai kewujudan populasi harimau belang di kawasan berkenaan malah pengguna jalan raya di lokasi berkenaan pernah beberapa kali terserempak haiwan itu.

"Namun ini kali pertama tiga ekor harimau belang yang dipercayai sekeluarga dikesan dan ditemui pengguna jalan raya di situ. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan supaya hidupan liar berkenaan tidak diganggu.

"Pengguna jalan raya di situ yang terserempak dengan haiwan liar termasuk harimau yang melintas dinasihatkan supaya berhati-hati serta tidak melakukan sebarang provokasi termasuk membunyikan hon, memasang lampu tinggi atau pun keluar dari kenderaan bagi merakam video atau mengambil gambar.

"Adalah diingatkan harimau belang atau Harimau Malaya adalah hidupan liar yang terancam dan dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya ketika dihubungi.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, tiga ekor harimau belang itu dilihat melintas jalan berhampiran Ladang Mados, dengan seekor daripadanya sempat memandang pengguna jalan raya sebelum menuju ke hutan di situ.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen video tular itu mendapati warganet meminta pengguna jalan raya berhati-hati serta tidak mengganggu hidupan liar termasuk harimau di situ.

Warganet turut berharap pihak berkuasa termasuk Perhilitan memantau lokasi berkenaan supaya haiwan terancam dan dilindungi dapat tinggal di habitat mereka tanpa gangguan.

Mereka juga berharap supaya habitat semula jadi hidupan liar terutama harimau belang tidak dimusnahkan supaya mereka dapat hidup dengan bebas.

"Alhamdulillah, masih wujud harimau belang di negara kita. Nampak sihat-sihat juga, hati-hati semua pengguna jalan raya, jangan ganggu mereka," kata warganet.

Seorang lagi warganet berharap, orang ramai dan pengguna jalan raya tidak mengganggu dan memprovokasi haiwan liar berkenaan sehingga mereka bertindak agresif.
"Kewujudan harimau belang perlu dipertahankan supaya tidak pupus, oleh itu janganlah ganggu habitat semula jadi mereka termasuk tempat mereka cari makanan," kata warganet berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dirakam-di-mersing




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.060721 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list