CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Johor] Maqis sita 25 tan daging babi import bernilai RM400,000

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Maqis Negeri Johor menyita 25 tan daging babi import bernilai RM400,000 selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang di sini, semalam. FOTO MAQIS NEGERI JOHOR

Johor Bahru : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menyita 25 tan daging babi import bernilai RM400,000 selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas kontena yang membawa masuk muatan daging babi bahagian pork belly dari Sepanyol itu di bay pemeriksaan import, pada 6 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan rutin mendapati konsainan terbabit tidak mematuhi syarat pengimportan kerana tiada label yang diletakkan pada setiap bungkusan daging babi berkenaan.

"Syarat permit ada menyatakan setiap daging hendaklah dilabel pada setiap bungkusan dengan meletakkan nama, alamat, nombor loji dan tarikh penyembelihan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Menurut beliau, perbuatan itu disyaki menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) akta sama kerana tidak mematuhi syarat import.

Katanya, Maqis Johor akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

"Tindakan ini diambil bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-bernilai-rm400000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.350773 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list