CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5207|Reply: 0

Pesuruhjaya Sukan bidas rancangan MOM selamatkan Sukan Komanwel

[Copy link]
Post time 12-3-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Tan Sri Norza Zakaria (kanan) dan Suhardi Alias.

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan Suhardi Alias mengkritik cadangan supaya Malaysia 'menyelamatkan' Sukan Komanwel dengan menganjurkan edisi 2026 dalam masa yang singkat.

Beliau berkata rancangan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu mengejutkan, berisiko dari segi kewangan, dan tidak berfikir panjang.

Suhardi, yang merupakan penjawat awam kanan pertama membantah langkah oleh Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria itu berkata, beliau membantah pembaziran dana awam untuk tujuan yang tidak munasabah.

"Kenapa kita pula nak jadi penyelamat Sukan Komanwel selepas Victoria (Australia) tarik diri dan tidak ada negara lain pun mahu menganjurkannya?" soal Suhardi seperti dilaporkan portal FMT.



Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh minggu lepas berkata Jemaah Menteri akan membuat keputusan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Semalam, Norza mengumumkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan Malaysia peluang menggantikan tempat wilayah Australia itu sebagai penganjur.

Tawaran itu termasuk pelaburan sebanyak £100 juta (RM602 juta) untuk menyokong penyampaian di peringkat tempatan dan perancangan pewarisan bagi acara itu.

Suhardi berkata Victoria menarik diri kerana kos menganjurkan acara itu meningkat di luar jangkaan, iaitu boleh mencapai setinggi AUD7 bilion (RM21 billion) menurut kerajaan wilayah itu.

Kuala Lumpur antara pembida asal untuk Sukan Komanwel 2026 dan bersaing dengan Cardiff (Wales), Calgary (Kanada), Edmonton (Kanada), dan Adelaide (Australia), tetapi menarik diri kerana bimbang akan kos penganjurannya.

Suhardi menyoal: "Sekiranya Victoria terpaksa bayar AUD380 juta kepada CGF kerana mungkir kontrak, berapa yang Malaysia perlu bayar sekiranya kita buat keputusan tidak menganjurkan sukan itu selepas tandatangan kontrak?

"AUD 380 juta lebih RM1 bilion. Adakah ia berbaloi?"

Suhardi berkata ramai pihak bingung apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak tawaran menganjurkan Piala Thomas dan Piala Uber pada 2026.

"Saya tertanya kenapa tiba-tiba ada pihak tertentu yang begitu berkeras mahu kita anjur acara yang lebih besar seperti Sukan Komanwel," katanya.

Norza adalah presiden BAM dan Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia.

Suhardi berkata idea Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel buat kali kedua harus dipertimbangkan secara berhati-hati.

Beliau tertanya sama ada kerajaan mempunyai masa secukupnya untuk mengkaji implikasi kewangannya, memandangkan Sukan Komanwel harus diadakan dalam dua tahun lagi dan diikuti Sukan SEA pada tahun berikutnya.

"Kita juga harus ambil kira nasib majlis perbandaran Birmingham, yang menganjurkan Sukan Komanwel lalu.

"Majlis perbandaran itu mengabaikan nasihat supaya tidak menganjurkan Sukan Komanwel itu walaupun ia berdepan kesulitan kewangan yang serius dan diisytihar muflis tahun lepas," katanya.

Suhardi menarik perhatian kepada beberapa cabaran yang menanti, seperti mungkin perlu membina sebuah perkampungan Sukan Komanwel untuk para atlet dan prasarana baharu lain, serta mempertingkatkan keselamatan.

Katanya, pandangan orang awam dan jangkaan mereka juga sama penting, sepertimana persiapan dan prestasi atlet.

"Kerajaan mesti peka pada pandangan orang awam memandangkan ada cabaran-cabaran apabila mahu menutup akaun Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2017.

"Kerajaan harus telus dan mesra orang awam. Kalau kita perlu anjurkan suatu town hall untuk dapatkan pandangan orang awam sebelum kita buat keputusan, itu lebih baik.

"Sambil Yang di-Pertuan Agong meminta kerajaan berhemat dalam perbelanjaannya, baginda mengingatkan negara mengalami defisit fiskal sejak 1998.

"Jadi adakah ini kebetulan atau kerosakan kolateral pasca-Sukan?"

Ditanya sama ada atlet Malaysia mempunyai masa secukupnya untuk memberikan prestasi yang bagus pada Sukan Komanwel 2026, Suhardi berkata: "Kita raih 10 pingat emas, 14 pingat perak, dan 12 pingat gangsa pada 1998 selepas menjalani persiapan selama enam tahun.

"Bolehkah kita atasi pencapaian itu dalam tempoh kurang daripada dua tahun?"
https://www.bharian.com.my/sukan ... tkan-sukan-komanwel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062965 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list