CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4433|Reply: 0

[Johor] Country Garden nafi 30 kes serangan buaya di Forest City

[Copy link]
Post time 12-3-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular penerangan serangan buaya di kawasan Forest City. - Foto tular

JOHOR BAHRU: Pemaju hartanah Country Garden Pacific View Sdn Bhd (CGPV) menafikan dakwaan tular di media sosial terdapat 20 hingga 30 kes serangan mengakibatkan kecederaan dan kematian disebabkan buaya di kawasan Forest City di sini.

CGPV dalam satu kenyataan memaklumkan video penerangan oleh blogger, Douyin dan Xiaohongshu adalah tidak berasas.

Kenyataan itu juga memaklumkan hantaran video terbabit adalah berniat jahat yang mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat, menjatuhkan reputasi syarikat serta mengganggu operasi perniagaan.

"Sejak beroperasi selama lapan tahun, Forest City tidak pernah menerima sebarang aduan serangan, kecederaan mahupun kematian yang diakibatkan reptilia terbabit.


"Tiada juga laporan polis dibuat setakat ini mengenai insiden seperti yang didakwa menerusi hantaran media sosial terbabit.

"Satu laporan polis sudah dibuat oleh wakil syarikat dan perkara berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.

"Pihak syarikat juga berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu juga, CGPV menggesa semua pengguna media sosial dan pencipta kandungan (content creator) serta pempengaruh untuk menyemak sumber maklumat mereka serta berhati-hati sebelum membuat hantaran di media sosial.

Dalam sebuah video tular berdurasi 47 saat memaparkan perbualan antara dua lelaki berbaju hitam dan merah dalam bahasa Mandarin.

Difahamkan, lelaki berbaju hitam adalah rakyat tempatan dan lelaki berbaju merah adalah warga China yang bertanyakan mengapa ada papan tanda buaya di tepi kawasan pantai.

Lelaki berbaju hitam menerangkan terdapat hingga 20 atau 30 kes orang diserang buaya di kawasan terbabit dan mendakwa terdapat kanak-kanak yang tiba-tiba hilang di pantai dipercayai dimakan reptilia terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... uaya-di-forest-city

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list