CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5479|Reply: 0

EPL: Pesta gol Spurs lanyak Villa

[Copy link]
Post time 12-3-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode

HEUNG-MIN (kanan) berjaya meledak satu gol ketika membelasah Villa 4-0 pada aksi EPL kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ­optimis pasukannya mampu menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok empat terbaik selepas menewaskan Aston Villa 4-0 pada aksi di Villa Park kelmarin.

Pada perlawanan itu, Spurs tidak mempunyai masalah untuk mendominasi saingan apabila Villa terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan berjaya meraih gol menerusi James Maddison, Bren­nan Johnson, Son Heung-min dan Timo Werner.

Kata Postecoglou, keputusan itu sangat penting dalam usaha untuk merapatkan jurang mata memandangkan Villa ketika ini masih berada di kedudukan keempat liga ketika saingan berbaki 10 perlawanan.

“Ini adalah kemenangan yang positif buat kita untuk menewaskan pasukan pencabar yang ber­ada di kelompok empat terbaik liga ketika ini.

“Pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang beraksi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan.

“Keputusan ini juga se­bagai bukti pasukan cukup serius untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan empat teratas, sekali gus meraih tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Selain itu, ini adalah peluang untuk menutup mulut pengkritik yang sebelum ini menganggap kita tidak mampu untuk berada di kelompok atas liga, tetapi de­ngan perbezaan dua mata apa sahaja boleh berlaku,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... spurs-lanyak-villa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.458982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list