View: 8270|Reply: 7
|
[Tempatan]
Kajian SSPA ambil kira tempoh waktu kerja penjawat awam wanita - PM
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka akan turut mengambil kira untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelonggaran itu, mungkin akan melibatkan kadar upah yang berbeza.
"Saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya diberi kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang.
"Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini.
Turut hadir pada majlis sambutan itu isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi kelonggaran seumpama itu kepada penjawat awam wanita, jika ia dapat direalisasikan.
Beliau berkata, perkara itu menuntut perubahan daripada pemikiran konvensional, memandangkan terdapat wanita yang terpaksa meninggalkan kerjaya mereka bagi memberi perhatian kepada keluarga. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2024 08:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Wahhh lagi ramai yg kepingin nak keje gomen kalau mcm nih... |
|
|
|
|
|
|
|
dah diberi kelonggaran tu kena keje lebih efisen
iols hari biasa balik 4.30-4.45 bulan posa balik kul 4. sendiri pepandai letak masa sukati je kan senang jadi kerani tukang sim[pan fail..bos bos time mengelupor je baru cari kalau tak sengap belaka tak berkutik |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sekarang kerja 8 jam pun kaunter 8 bukak 2.... Ni nak bagi pompuan gomen keje 4 jam alamatnya kaunter 20 bukak 1 ajelah puak2 gomen parasit hisap cukai rakyat tetiap perayaan mintak bonus |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2024 12:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Perwira2022 replied at 12-3-2024 09:57 AM
Yg sekarang kerja 8 jam pun kaunter 8 bukak 2.... Ni nak bagi pompuan gomen keje 4 jam alamatnya kau ...
Sbb tu bg offer keje min 4 jam jar sbb maybe mmg takde keje... pastu gaji pun kurang..tak mau keje..banyak lagi org yg nak kje..
Harap boss boss pejabat pantau betul betul ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni amik lelaki je keja |
|
|
|
|
|
|
|
wah setuju
bukan wanita je
tergunapakai utk lelaki juga sepatutnya
yang keluar awal amik anak dan hantar anak sek petang pula
yang keluar awal ambik anak kat kolej pun ada
kang kol 3 masuk opis
kol 4.30 clock out
|
|
|
|
|
|
|
|
Janji produktif.
Jgn lagi menyusahkan dah lerrrr. |
|
|
|
|
|
|
| |
|