Edited by maklukpenggoda at 12-3-2024 01:49 AM
TANGKAPAN dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies pada Sabtu lalu bukan gimik seperti dakwaan segelintir pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan agensi berkenaan tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan agama demi mempromosikan selebriti.
"Memang saya bercakap dengan pengarah Jawi sendiri di bahagian penguatkuasaan. Jadi tidak timbul isu ia satu gimik.
Jawi tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan melakukan tangkapan bagi satu kesalahan semata-mata hendak mempromosikan selebriti atau apa sekali pun," katanya kepada pemberita.
Kenyataan tersebut sekali gus mengesahkan tentang tangkapan dibuat terhadap Aliff dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, Jawi sudah menjalankan siasatan awal berdasarkan laporan dibuat pihak ketiga berhubung dakwaan mereka berada di tempat kejadian.
Kalau ada sebarang laporan dikemukakan pihak ketiga kepada bahagian penguatkuasaan Jawi, jadi ia tiada hubungan dengan mana-mana selebriti. "Berdasarkan aduan tersebut, bahagian ini memulakan siasatan dan kemudian membuat tangkapan. Itu apa yang telah berlaku," jelasnya.
Pada Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies ditahan ketika operasi berkenaan kemudian di bawa ke Jawi bagi memberi keterangan. Mereka dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama.
Kedua-dua pelakon drama Terjerat itu bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan lanjut berhubung insiden itu dan akan menjelaskan perkara sebenar dalam tempoh terdekat.
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/03/11/menteri-agama-sangkal-kes-khalwat-aliff-aziz-dan-ruhainies-gimik-jawi-tiada-kompromi-terhadap-selebriti
|