CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9312|Reply: 0

[Selangor] Ajal mahu baiki motosikal

  [Copy link]
Post time 11-3-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan motosikal mangsa dan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

SABAK BERNAM – Perjalanan seorang lelaki untuk membaiki motosikalnya berakhir tragedi apabila maut berlanggar dengan sebuah kereta di simpang empat Parit 5, Ban 2 Sekinchan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian lelaki yang menunggang Honda Wave itu dalam perjalanan menuju ke sebuah bengkel motosikal di pekan Sekinchan.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba.

“Ia menyebabkan mangsa dari arah jalan utama tidak sempat mengelak dan berlakunya pelanggaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di belakang, dada dan kaki kanannya.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/11/ajal-mahu-baiki-motosikal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list