CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7466|Reply: 0

[Perak] Mydin Manjoi ditutup sementara bermula hari ini

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA melakukan kerja-kerja memadam api di kawasan struktur bangunan pasaraya besar Mydin di Manjoi yang runtuh akibat kebakaran sejak pukul 7.09 malam ini. FOTO Bernama

Ipoh: Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, menurut Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Dalam kenyataan di laman Facebook hari ini, Mydin memaklumkan sebagai alternatif pelanggan boleh berkunjung ke cawangan Mydin Meru Raya atau Mydin Gopeng.

"Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan di talian 1-300-30-8786," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama pihak pengurusan memaklumkan Mydin Manjoi akan kembali beroperasi setelah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak bomba.



Pasar raya itu dilaporkan terbakar pada 7.09 malam semalam, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.

Kebakaran di tingkat atas pasar raya itu berjaya dikawal setakat tengah malam tadi, namun bomba masih dalam proses memadamkan api sepenuhnya.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya masih melaksanakan operasi memadamkan sisa kebakaran.

"Masih ada tompokan api di kawasan kebakaran... itu yang kita nak selesaikan," katanya.

Beliau berkata 30 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi memadamkan sisa kebakaran di premis itu pagi ini, selain 10 anggota pasukan forensik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-bermula-hari-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.533986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list