CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7508|Reply: 0

[Melaka] JPN Melaka perluas kelas prasekolah di SJKC

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode

ROSLI memangku seorang murid prasekolah pada lawatan di SK Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka, hari ini.

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedang mengenal pasti sekolah di seluruh negeri ini yang mempunyai keupayaan bagi peluasan kelas prasekolah susulan permintaan tinggi kemasukan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata, terbaharu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Alor Gajah dan Jasin telah mendapat kelulusan pengoperasian.

“Setakat ini kita telah kenal pasti dua buah sekolah yang mampu menjalankan prasekolah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Sin dan SJKC Merlimau.

“Kita perlu meneliti sekolah-sekolah ini kerana permohonan peluasan ini adalah tanpa kos fizikal, jadi lokasi itu mestilah sudah adalah kemudahan atau spesifikasi ditetapkan termasuklah dapur untuk menyediakan makanan murid, ruang makan dan belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan hari pertama sesi persekolahan 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pada tahun lalu sebanyak enam buah sekolah terlibat dalam peluasan kelas prasekolah iaitu di SK Ayer Jernih, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kemuning HD, SJKC Machap Baru, SJKC Kiow Nam dan SJKC Bertam Hulu.

“Memang kebanyakan peluasan ini dibuat di SJKC kerana sekolah itu telahpun mempunyai kemudahan diperlukan.

“Sehingga kini sebanyak 174 sekolah di seluruh negeri ini ada menyediakan prasekolah termasuk di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka di Durian Daun, Sekolah Khas dan Sekolah Rendah Agama dengan jumlah kelas sebanyak 256 buah kelas,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu seramai 153,813 murid telah memulakan sesi persekolahan di negeri ini merangkumi 87,266 murid sekolah rendah dan 66,547 sekolah menengah.

Katanya, seramai 5,622 murid berumur enam tahun memulakan sesi persekolahan peringkat prasekolah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... prasekolah-di-sjkc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.373095 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list