CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7628|Reply: 0

Malaysia ditawar jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 beserta dana RM602 juta

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. - Foto Gambar Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada 1998 dan kini Malaysia kembali memperoleh peluang menganjurkannya pada 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri sebagai penganjur.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia untuk menggantikan Victoria dan ia dilihat sebagai peluang terbaik apatah lagi ia hadir dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.

Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.

Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihak kerajaan harus mempertimbangkan tawaran 'sekali dalam seumur hidup ini' yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.


"CGA Malaysia dan CGF sudah berbincang berhubung peluang buat Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada 1998.

"Oleh itu, CGA Malaysia berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan peluang sekali seumur hidup ini - beserta sokongan dan pelaburan berkaitan - yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan meletakkan Malaysia kembali berada di peta sukan dunia.

"Dengan fasiliti berkelas dunia sedia ada, Malaysia serba lengkap untuk menjadi tuan rumah temasya antarabangsa Komanwel yang membabitkan 74 negara Komanwel dan wilayahnya. Penganjuran akan membabitkan perbelanjaan kerajaan yang minimum dan membawa faedah sosio-ekonomi ketara kepada negara.

"Ia juga bakal meningkatkan taraf sukan Malaysia seperti apa yang berlaku selepas temasya 1998. Untuk tujuan itu, CGF dan CGA Malaysia sudah menawarkan cadangan yang menarik kepada kerajaan Malaysia," kata Norza dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sedang menyediakan kertas Kabinet, meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat sebarang keputusan.

Sebelum ini, Victoria dilaporkan menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac, 2026.
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-2026-beserta-dana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.149998 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list