CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7352|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] MOTAC perhebat kempen tarik pelancong asing

[Copy link]
Post time 11-3-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan - FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meletak sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan RM127 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata MOTAC juga menyasarkan ketibaan 31.4 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM125.5 bilion, tahun hadapan.

Katanya, sasaran ketibaan 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan bernilai RM147.1 bilion turut ditetapkan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang dijadualkan pada 2026.

Selain itu, katanya, seramai 20.1 juta pelancong asing direkodkan tiba ke negara ini, membabitkan pendapatan bernilai RM71.3 bilion, tahun lalu.



"Pelbagai program dan langkah dirangka bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat negara ini, termasuk kempen TMM yang menjadi agenda negara bagi pelancongan.

"Bagi menjayakan program ini, MOTAC memerlukan sokongan padu kerajaan negeri, penggiat industri dan rakyat dalam membuat persiapan rapi menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara serta program dan langkah menarik lebih banyak pelancong asing melawat Malaysia.

Khairul Firdaus berkata, MOTAC melalui agensi seliannya, Tourism Malaysia, akan meneruskan penyertaan aktif dalam pameran pelancongan antarabangsa, merangkumi pasaran utama di seluruh dunia.

Penyertaan itu, katanya, penting bagi memastikan penjenamaan 'Malaysia Truly Asia' kekal menjadi pilihan pelancong seluruh dunia, terutama apabila negara pesaing agresif mempromosikan destinasi masing-masing di pameran berkenaan.

Beliau berkata, MOTAC melalui jabatan pelancongan negeri turut bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyokong usaha penganjuran kempen tahun melawat negeri seperti dirancang.

"Sehingga kini, empat negeri masing-masing Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak sudah mengumumkan kempen melawat negeri, tahun ini.

"Seterusnya, MOTAC turut menganjurkan program lawatan 'familiarisation' bersama media dan agensi pelancongan bagi memberi pendedahan dan pengalaman terhadap produk dan destinasi pelancongan baharu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rik-pelancong-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list