CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7402|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya

[Copy link]
Post time 11-3-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Murid-murid diberikan roti sebagai sarapan pagi ketika tiba pada hari pertama persekolahan sesi 2024/2025 di SK Putrajaya Presint 17(1) di sini hari ini.

PUTRAJAYA- Seramai 39,162 murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya memulakan sesi akademik 2024/2025 hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ezaiddin Hussain berkata, jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.

“Kemasukan murid Darjah 1 bagi tahun 2024 di Putrajaya adalah seramai 3,539 orang, manakala pelajar Tingkatan 1 berjumlah 3,778 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(1) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezaiddin berkata, pelbagai aktiviti serta program menarik telah dirancang oleh guru-guru di setiap sekolah pada minggu pertama persekolahan tanpa proses pembelajaran.

Menurutnya, pelaksanaan pendekatan sedemikian bukan sahaja dapat memangkin semangat murid-murid untuk terus hadir ke sekolah pada minggu berikutnya, malah turut membentuk disiplin diri.

“Minggu ini kita mahu murid menyesuaikan diri memandangkan mereka ini datang dari pelbagai latar belakang selain berkenalan dengan rakan-rakan baharu serta diperkenalkan dengan peraturan-peraturan sekolah.

“Jadi secara tidak langsung murid-murid dapat belajar melalui pendidikan tidak formal. Sebagai contoh, jika belajar bahasa, ia boleh diselitkan dengan aktiviti lakonan dan sebagainya supaya interaksi dan komunikasi dalam kalangan mereka dapat lebih dipertingkat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... lahan-di-putrajaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060311 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list