CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9294|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jabatan Perikanan siasat video tular longgokan ikan

[Copy link]
Post time 11-3-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular memaparkan sekumpulan lelaki berhubung video aktiviti tangkapan ikan dipercayai ada unsur mencurigakan dan didakwa melanggar undang-undang.

Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan siasatan berhubung video aktiviti tangkapan ikan dipercayai ada unsur mencurigakan dan didakwa melanggar undang-undang apabila menggunakan bahan dilarang seperti yang mendapat perhatian di media sosial, sejak semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mendapatkan maklumat sahih berkaitan aktiviti berkenaan serta lokasinya, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Perkara itu amat mendukacitakan kerana ada pihak rakus yang mengeksplotasi sumber perikanan tanpa kawalan dan menggunakan kaedah yang tidak sepatutnya (jika ia benar berlaku dan melanggar peraturan ditetapkan).

"Kita memandang serius perkara itu walaupun tiada maklumat jelas berhubung kaedah tangkapan, lokasi dan bila kejadian berlaku. Kita sedang menilai tindakan bersesuaian berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.



Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia meminta pihak berkaitan menjalankan siasatan mengenai perkongsian video aktiviti tangkapan ikan dipercayai ada unsur mencurigakan dan melanggar undang-undang menggunakan bahan dilarang.

Dalam kenyataan di Facebook (FB), persatuan berkenaan juga menegaskan individu dalam video itu juga perlu tampil untuk memberi penjelasan sama ada betul atau tidak dakwaan dalam beberapa hantaran media sosial mengenai tangkapan ikan dilakukan terdapat unsur mencurigakan dan secara melanggar undang-undang menggunakan bahan dilarang.

"Bagaimanapun, tangkapan ikan yang tersenarai sebagai ikan terlindung dalam kawasan hutan simpan secara pukal melebihi keperluan bertahan hidup dalam hutan ketika beraktiviti adalah satu tindakan zalim, rakus dan melampaui batas.

"Pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perikanan Malaysia perlu jalankan siasatan aktiviti menyeluruh kumpulan ini ketika berada dalam kawasan terlindung termasuk adegan mempamerkan longgokan ikan yang dipercayai sudah mati sama ada selari dengan undang-undang yang ada atau tidak," tulisnya.

Katanya, perkara seumpama itu perlu diambil serius demi menjaga lestari alam, khazanah dan kesinambungan hidup kaum Orang Asli yang menghuni hutan berkenaan.

"Jika boleh dibuktikan peruntukkan undang-undang sama ada penjara dan denda boleh diambil terhadap kumpulan yang menyebabkan kerosakan khazanah sebegini," katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengenali pelaku boleh tampil menyalurkan maklumat individu yang dikenali dalam kumpulan seperti dipaparkan dalam video berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ular-longgokan-ikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053932 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list