CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9311|Reply: 0

[Selangor] Dua maut terperosok bawah lori tangki

[Copy link]
Post time 11-3-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

BOMBA membantu mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO Ihsan Bomba

Hulu Selangor: Dua lelaki warga asing maut dalam nahas tiga kenderaan di jalan utama antara Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan, jam 10.10 malam.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, nahas membabitkan sebuah lori tangki, Hyundai Accent yang rosak di tepi jalan dan motosikal Demak EX90.



"Terdapat dua mangsa berusia 40-an yang menaiki motosikal disyaki terperosok di bawah lori tangki dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-bawah-lori-tangki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.633380 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list