CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7659|Reply: 0

Havertz selamatkan maruah Ramsdale

[Copy link]
Post time 11-3-2024 09:47 AM | Show all posts |Read mode

RICE (kiri) dan Havertz menjaringkan gol dalam kemenangan Arsenal menewaskan Brentford 2-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kata-kata azimat ketika masa rehat menjadi faktor utama kebangkitan dramatik Arsenal mengesahkan kemena­ngan 2-1 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Kejayaan itu turut menyerlahkan semangat setia kawan di kalangan pemain The Gunners selepas penjaga golnya, Aaron Ramsdale melakukan kesilapan sehingga ‘menghadiahkan’ gol percuma buat Brentford.

Wira kemenangan Arsenal, Kai Havertz mengakui bahawa perbincangan pasukan pada rehat separuh masa lebih menjurus kepada cara untuk segera melupakan insiden membabitkan Ramsdale.

“Bukan sesuatu yang bagus apabila kami melepaskan gol di hujung babak pertama. Kami bercakap antara satu sama lain bagi memastikan seluruh pa­sukan kekal bersatu, namun kesilapan adalah sebahagian daripada permainan bola sepak.

“Saya juga melakukan beberapa kesilapan yang berisiko, namun akhirnya mentaliti kami cukup bagus. Ia menjadi kemenangan penting buat kami kerana kami begitu ter­desak untuk dapatkan tiga mata.

“Kamu boleh lihat sendiri persembahan kami di babak kedua yang dilihat lebih baik ­berbanding separuh masa pertama,” katanya.

Bintang dari Jerman itu mula menyerlahkan kualiti sebenar apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam empat aksi terakhir EPL, sekali gus menjadi tonik tambahan sebelum bertemu Porto untuk timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Kemenangan itu juga membolehkan pengurus Arsenal, Mikel Arteta kekal memberikan tekanan hebat kepada Liverpool dan Manchester City.

“Sukar untuk saya mempercayainya, namun inilah yang dilalui pemain yang hebat seperti Havertz. Dia bekerja keras untuk pasukan dan sesuatu yang mustahil untuk tidak menyayangi­nya,” kata Arteta.

Arsenal membuka tirai jari­ngan melalui Declan Rice, tetapi Yoanne Wissa berjaya menyamakan kedudukan buat Brentford disebabkan kesilapan Ramsdale sebelum Havertz memastikan kemenangan mutlak buat The Gunners. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-maruah-ramsdale/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list