CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19144|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP rampas 28 e-skuter

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:51 AM | Show all posts |Read mode
MBPP rampas 28 e-skuter


BERNAMA



ANTARA e-skuter yang dirampas. FOTO Ihsan FB Majlis Bandaraya Pulau Pinang



Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas sebanyak 28 e-skuter dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang menjalankan sewa kenderaan mikromobiliti itu tanpa lesen di Lebuh Armenian di sini hari ini.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan serta Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP telah menjalankan risikan sebelum menyerbu premis itu kira-kira 11 pagi.

Menurut kenyataan itu, hasil risikan Jabatan Pelesenan MBPP juga mendapati premis terbabit berselindung di sebalik sebuah kedai menyewa basikal dan turut menawarkan khidmat sewa e-skuter kepada orang ramai.

"Dalam serbuan itu, MBPP telah merampas sebanyak 28 e-skuter yang dijadikan sebagai barang perniagaan oleh premis yang menjalankan tred dan perniagaan tanpa lesen yang sah oleh MBPP.

"Semasa risikan dan pemantauan sebelum operasi ini dijalankan, sebuah e-skuter terbabit dalam satu kemalangan kecil dengan melanggar sebuah kereta.

"Malah terdapat beberapa kenderaan e-skuter yang ditunggang secara berbahaya dan melulu di atas jalan raya yang dipenuhi kenderaan," menurut kenyataan itu.

Pengusaha sewa kenderaan mikromobiliti berkenaan juga didapati tidak membuat kawalan ketat dan tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap pemanduan e-skuter yang disewakan kepada pengguna.

MBPP akan mempergiat penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan kerana pihaknya memandang serius terhadap isu keselamatan dan kepentingan pengguna lalu lintas serta orang awam.



Disiarkan pada: Mac 10, 2024 @ 10:26pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062520 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list