CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19081|Reply: 0

[Pulau Pinang] Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di jambatan Pulau Pinang

10 Mac 2024 10:07pm








Laluan di kedua-dua arah jambatan Pulau Pinang turut sesak susulan kemalangan terbabit - Gambar hiasan




BUTTERWORTH - Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 4.38 petang membabitkan penunggang motosikal berusia 17 tahun yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



"Berdasarkan siasatan awal, motosikal dinaiki mangsa dan pembonceng iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai telah terbabas sebelum melanggar tembok pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan itu kedua-duanya terpelanting ke laluan bertentangan dan sebuah kereta dari arah Perai ke George Town dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mereka menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi manakala rakan perempuannya cedera parah," katanya dalam kenyataan malam ini.


Menurut Helmi mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat manakala remaja perempuan itu turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5301342.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua laluan di Jambatan Pulau Pinang. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072046 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list