CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23648|Reply: 18

[Tempatan] 9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan

  [Copy link]
Post time 10-3-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seramai sembilan lelaki berusia 14 hingga 37 tahun ditahan pegawai penguatkuasa wanita JHEAT kerana tidak menunaikan solat Jumaat.

KUALA TERENGGANU: Sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah ditahan berdekatan sebuah masjid di sini selepas disyaki tidak menunaikan solat Jumaat.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, mereka ditahan dalam operasi dijalankan bahagian penguatkuasaan dengan kerjasama unit penguatkuasaan daerah kira-kira jam 2 petang pada Jumaat.

Menurutnya, tangkapan terhadap kesemua lelaki berusia 14 tahun hingga 37 tahun itu dilakukan oleh pegawai penguat kuasa syariah wanita yang telah berada di lokasi berkenaan bermula jam 1.30 tengah hari.


"Lokasi tangkapan ini dilakukan berdekatan dengan masjid tersebut setelah pihak kami menerima aduan daripada orang awam.
"Ketika ditahan, masing-masing didapati sedang bersembang," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Sabtu.

Khairul Azizi memberitahu, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
"Lima pelajar sekolah berusia 14 tahun hingga 17 tahun dan empat lelaki berusia 23 hingga 37 tahun itu telah dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan lanjut.

"Mereka dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.
"Kita nasihatkan orang ramai supaya dapat menjadikan kes seumpama ini sebagai pengajaran dan tidak terlibat dalam kesalahan jenayah syariah," ujarnya.

Berdasarkan enakmen kesalahan jenayah syariah itu, mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan kesalahan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Laahhhh... Deme tu kan ahli sorga..dh pangkah pas khuenss..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:18 PM | Show all posts
Orang kategori muda lagi tu. Kalau yg dah berumur 50 dan ke atas dah kira beyond repair dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 10-3-2024 09:15 PM
Laahhhh... Deme tu kan ahli sorga..dh pangkah pas khuenss..

Ampon.comfirm pemegang kunci pintu syurga ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 10-3-2024 09:29 PM
Ampon.comfirm pemegang kunci pintu syurga ni.

macam parodi je ayat akhir tu. takkan lah jahil benau yg menulis
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang pakai baju melayu siap. Budak² remaja tu boleh dibentuk lagi, yang dah tua tu...hmmmm.

Dah nak masuk Ramadhan ni nanti akan banyak pulak berita ponteng puasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-3-2024 09:35 PM
macam parodi je ayat akhir tu. takkan lah jahil benau yg menulis

Jngn serius sngt chuols.
Tu la ayat porumer selalu guna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 10-3-2024 09:45 PM
Ada yang pakai baju melayu siap. Budak² remaja tu boleh dibentuk lagi, yang dah tua tu...hmmmm.

Da ...

dah tiba masanya malaysia jadi liberal???? ( ... lantak depa lah )

boleh ke solat & puasa tu dipaksa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area sini ada je budak2 ponteng. Rela berbual dari gi sembahyang jumaat. Puasa mmg tak puasalah. Tak berani pulak dia makan kat rumah sendiri. Kubur asing2. Tanggunglah sendiri. Kubur jadi sempit ke jadi luas.




Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 10:42 PM | Show all posts
ni mesti geng2 yang memekak suruh bukak masjid time PKP dulu tu kan? sudahla ko
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sembang pasai israel tak bagi orang palestine semayang kat masjid al aqsa
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:23 AM | Show all posts
mohon puak-puak liberal kumpul duit sorang sikit bela geng2 tua x sedar diri ni....
dosa peribadi konon
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-3-2024 10:16 PM
Kat area sini ada je budak2 ponteng. Rela berbual dari gi sembahyang jumaat. Puasa mmg tak puasalah. ...

kat rumah iols ni tetiap mgu ada pakcik/abg/remaja/adik2 lepak kat bangsal pdhal tepi masjid. iols tggu anak solat setiap jumaat mmg port tu ada je org. pdhal masuk je la masjid tu 4/5 langkah dah ke pintu masuk. sama naik depa berborak waktu khutbah, solat pun tak. tapi semua pakai baju melayu siap

kalau taknak solat dok je la umah masing2, mcm tolol je gigih menapak ke masjid tp tak solat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 10:20 PM | Show all posts
Leka borak-borak sampai x perasaan sudah masauk waktu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak tangkap? Sukati dia pah nak pi slot jem'at atau tak. Lagipun ok je skip nanti dah 2 kali skip pi je lah slot 1 kali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-3-2024 10:16 PM
Kat area sini ada je budak2 ponteng. Rela berbual dari gi sembahyang jumaat. Puasa mmg tak puasalah. ...

Exactly. Kubur masing2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-3-2024 10:09 PM
dah tiba masanya malaysia jadi liberal???? ( ... lantak depa lah )

boleh ke solat & puasa tu dipa ...

Benda wajib mmg kena paksa uols. Yg xboleh dipaksa2 tu benda sunat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 11-3-2024 09:23 AM
mohon puak-puak liberal kumpul duit sorang sikit bela geng2 tua x sedar diri ni....
dosa peribadi ko ...

Tu la, dosa pribadi jadahnya klau rukun solat jumaat min 40 org.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 07:27 AM | Show all posts
itu org umno/pkr/amanah/bersatu tu. klu org pas x lagu tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077078 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list