CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28135|Reply: 0

[Sarawak] Karnival, Pertandingan Dayung Gawea Tematu pada 28 hingga 29 Jun ini

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode


Finalis Onak Dayung, Sindok Dayung dan Dayung Gawea Tematu 2023 merakamkan gambar kenangan di Pusat Warisan Bung Bratak. - Gambar Micklong Bridal Studio

KUCHING: Karnival Gawai Tematu dan Pertandingan Dayung Gawea Tematu 2024 kembali diadakan tahun ini pada 28 dan 29 Jun di Kampung Tematu di sini.

Anjuran Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna (KRPPDS) Kampung Tematu, karnival dan pertandingan ini merupakan acara tahunan bagi memeriahkan sambutan Hari Gawai.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada karnival dua hari ini dengan tiga acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Onak Dayung Gawea Tematu, Pertandingan Sindok Gawea Tematu dan Pertandingan Dayung Gawea Tematu.

Pertandingan Onak Dayung Gawea Tematu terbuka kepada kanak-kanak perempuan berumur 4 hingga 12 tahun dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu,Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian.

Yuran penyertaan adalah RM30 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April ini dimana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500 beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hampr.

Manakala tempat kedua dan ketiga akan masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM400 dan RM300 juga beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM100 untuk pemenang saguhati.

Bagi Pertandingan Sindok Dayung Gawea Tematu pula, ia terbuka kepada wanita yang telah berkahwin/ibu tunggal dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian.

Yuran penyertaan adalah RM50 dan tarikh tutup penyertaan pada 7 April ini dimana pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM1,500 beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper.

Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,200 dan RM1,000 juga beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM100 untuk pemenang saguhati.

Kemuncak karnival ini adalah Pertandingan Dayung Gawea Tematu, terbuka kepada gadis muda berumur antara 18 hingga 28 tahun dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian dengan ketinggian 152 cm dan ke atas.

Yuran penyertaan adalah RM100 dan tarikh tutu penyertaan adalah pada 7 April ini dimana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper.

Manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,800 dan RM1,500 juga beserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM300 bagi pemenang saguhati.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai karnival dan pertandingan itu, hubungi pengerusi penganjur John Pata (019-8259395) atau Leonora (014-5026143).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.275502 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list