CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24749|Reply: 0

Faizal buat 'pusingan U' demi Sarjit

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Faizal (kanan) tidak jadi bersara selepas Sarjit dilantik sebagai ketua jurulatih Speedy Tigers.

KUALA LUMPUR: Selain kita berjuang untuk negara, kita juga perlu bermain untuk jurulatih!

Itu kata penyerang hoki negara, Faizal Saari mengenai pengendali baharu skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh ketika ditanya sekiranya dia bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa akan datang.

Faizal yang sebelum ini memberi bayangan mahu bersara berkata, dia bersedia untuk membuat 'pusingan U' sekiranya namanya dipanggil oleh Sarjit untuk menyertai Speedy Tigers.

"Saya ada berhubung dengan beliau. Saya tak ada masalah dan akan teruskan (dalam skuad kebangsaan) sekiranya kudrat saya diperlukan," kata Faizal yang pernah berada di bawah bimbingan Sarjit pada 2014, 2015 dan 2016 dalam pasukan Terengganu Hockey Team (THT).



"Saya harap nama terpilih dan dapat mewakili Malaysia. Memang sebelum ini saya memberi bayangan untuk bersara tetapi apabila beliau dilantik, saya berfikir sebaliknya dan beliau juga adalah salah seorang jurulatih yang saya gemari.

"Bagi saya, selain kita berjuang untuk Malaysia, kita juga kena main untuk jurulatih. Beliau pernah memberi kepercayaan kepada saya dan saya kena melakukan seperti diharapkan dalam padang."

Pada 3 Mac lalu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan perlantikan Sarjit sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi menggantikan tempat Arul Selvaraj dengan kontrak dua tahun.

Bekas pemain skuad negara itu pernah menerajui pasukan kebangsaan dari Januari 2007 hingga Disember 2008 selain turut melatih pasukan remaja kebangsaan dari 2004 hingga 2006.

Sarjit bakal menggalas tugas pertama di Piala Sultan Azlan Shah yang bermula 4 Mei depan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ingan-u-demi-sarjit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.476937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list