CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23267|Reply: 0

[Sabah] Jordan Ketua Bahagian STAR termuda

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode


JORDAN

NABAWAN: Exco Wiramuda StarSabah Jordan Jude Ellron menang jawatan Ketua Star Bahagian Nabawan dalam pemilihan parti sempena Mesyuarat Agung Tri Tahunan StarSabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan di sini  pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan Jordan yang berusia 27 tahun mencipta sejarah politik tersendiri apabila menjadi Ketua Bahagian paling muda dalam parti pimpinan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan itu.

"Saya menerima keputusan perwakilan dengan hati terbuka. Ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk kita untuk memastikan

STAR memberi impak terutama persediaan berdepan Pilihan Raya Negeri akan datang," katanya selepas mesyuarat agung parti itu.

Jordan turut mengajak penyokong STAR supaya terus bersatu padu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon parti kerajaan pada PRN akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list