CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23137|Reply: 0

[Sabah] KPKM catat nilai jualan RM93.7 juta menerusi 5,608 Jualan Agro Madani tahun lepas

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Arthur merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengunjung yang mendapatkan barang keperluan sempena Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook.

# Sook jadi lokasi pertama Karnival Jualan Agro Madani Mega

KENINGAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan 5,608 Jualan Agro Madani di seluruh negara pada 2023 dengan nilai jualan sebanyak RM93.7 juta dengan kira-kira 2.9 juta pengunjung sepanjang penganjuran itu.


Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah telah menganjurkan 367 Jualan Agro Madani di wilayah itu dengan mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM5.2 juta dan melibatkan seramai 3,990 orang usahawan.


Mengulas lanjut, Arthur berkata, setakat 3 Mac tahun ini, sebanyak 1,227 Jualan Agro Madani telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan kira-kira 16,242 usahawan tempatan dan telah membawa nilai penjimatan kira-kira RM7.87 juta kepada pelanggan.


Jelasnya, KPKM melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup rakyat dengan menganjurkan Jualan Agro Madani Mega di pedalaman Sabah.


"Penganjuran Jualan Agro Madani merupakan usaha KPKM melalui FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam mewujudkan satu usaha bersepadu 'Quick Win' berteraskan penjimatan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.


"Usaha ini adalah selaras dengan peranan kementerian selaku penggerak utama dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat, " katanya semasa berucap merasmikan karnival Jualan Agro Madani Mega Sook yang diadakan di Padang Pekan Sook pada Ahad.




RASMIKAN: Arthur merasmikan Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook sempena majlis itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata sebagai wakil rakyat dari kawasan pedalaman Sabah, beliau komited memastikan masyarakat di kawasan pedalaman termasuk para usahawan tidak ketinggalan menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh KPKM.

"Penganjuran karnival Jualan Agro Madani Mega Sook merupakan program jualan Agro Madani yang julung kalinya dilaksanakan dalam skala besar.

"Inisiatif ini telah berjaya menarik penglibatan lebih 100 penjual serta sejumlah lebih kurang produk 135 SKU (Stock Keeping Unit) pelbagai jenis produk agromakanan keluaran tempatan negeri Sabah.

"Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook mewujudkan platform kepada petani dan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka secara terus dan secara tidak langsung dapat menawarkan harga sekitar 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran kepada rakyat kerana tidak melibatkan orang tengah.

"Dengan tawaran harga yang lebih murah dan kepelbagaian produk, KPKM menjangkakan Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook akan dapat merekodkan hasil jualan sebanyak RM250,000 dan menarik seramai lima ribu orang pengunjung di sepanjang penganjuran selama dua hari, " katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri; Pengarah FAMA Sabah, Sarman Sidno dan pengarah-pengarah agensi KPKM di Sabah.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/10/kpkm-catat-nilai-jualan-rm937-juta-menerusi-5608-jualan-agro-madani-tahun-lepas-arthur


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.327443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list