CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16177|Reply: 0

[Sabah] RM200,000 peruntukan bina semula jambatan di Kg Tg Batu Laut Logpond

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode


BANTUAN: Suryady ketika menyampaikan sumbangan barangan asas kepada mangsa kebakaran.

TAWAU: Parlimen Kalabakan akan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, Rabu lepas.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peruntukan itu penting kerana jambatan itu menjadi jalan penghubung bagi rumah di atas air berkenaan.

Katanya, dengan adanya jambatan itu akan memudahkan usaha untuk penyaluran bantuan lain termasuk membolehkan mangsa kebakaran membina rumah kediaman semula.

“Apabila sudah ada jambatan dibina, saya yakin perkara lain akan dapat diusahakan dan menyusul kemudian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan berusaha membantu meringankan beban mangsa kebakaran termasuk melihat keperluan dalam program bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Peruntukan rumah SMJ ini hanya 20 rumah untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan itu juga sudah ada pemohon, tinggal dibina saja.

“Namun saya akan cuba mohon kepada kerajaan negeri, kita akan mencari ikhtiar bagi bantu mangsa kebakaran ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, lokasi kebakaran itu adalah kawasan diwartakan dan kediaman yang musnah terbakar boleh dibina semula di tapak asal.

“Cuma mungkin kita akan bekerjasama dengan pihak perancangan bandar untuk melakar dan lot semula kawasan itu,” katanya

Pada Rabu lepas kira-kira 52 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond menyebabkan lebih 350 mangsa terjejas dan tinggal sehelai sepinggang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.161095 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list