CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11133|Reply: 0

[Melaka] Melaka anjur Bulan Pelancongan Islam sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

AB Rauf (kiri) meletakkan selempang 'ridak' kepada imam hafiz selepas melancarkan Program Ihya Ramadan 1445H peringkat negeri di MITC. FOTO Amir Mamat

Ayer Keroh: Bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kerajaan negeri menganjurkan Bulan Pelancongan Islam sepanjang Ramadan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program yang akan berlangsung sehingga bulan depan itu akan dipenuhi dengan aktiviti berkonsepkan keagamaan menerusi tema 'Dari Hati Membawa Ke Syurga'.

Beliau berkata, antara aktiviti itu termasuk Seminar Rukyah dan Hisab, Malam Semarak Haruman Ramadan dan Jom Rewang Bubur Lambuk bertempat di Pavilion TMM2024 di Dataran Pahlawan serta beberapa lokasi terpilih.

Katanya, selain itu, kerajaan negeri turut menganjurkan program Ihya Ramadan yang bertujuan menyuburkan 'roh Ramadan' serta meningkatkan penghayatan dalam kalangan masyarakat Islam.



"Sepanjang mengimarahkan Ramadan tahun ini, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka, Zakat Melaka, Jabatan Mufti serta Mahkamah Syariah Melaka merangka pelbagai program antaranya Program Imam Hafiz Tarawih Ramadan.

"Program itu membabitkan penyertaan imam bergelar Al-Hafiz yang akan mengetuai solat sunat Tarawih di 100 masjid dan surau terpilih di negeri ini selain Taqarrub Ramadan, penganjuran Majlis Iftar Jamaie yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah pada setiap hujung minggu serta Program Iftar Mega pada 16 Mac ini.

"Pelaksanaan program ini sebagai galakan kepada umat Islam untuk merebut peluang dalam meningkatkan amal ibadat sepanjang Ramadan secara istiqamah," katanya selepas melancarkan Program Ihya Ramadan 1445H peringkat negeri bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, prestasi keseluruhan kutipan zakat pada tahun lalu menunjukkan pencapaian memberangsangkan sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan dengan jumlah RM128.3 juta.

Katanya, jumlah ini termasuk kutipan zakat fitrah tahun lalu sebanyak sejumlah RM5.75 juta berbanding RM5.6 juta pada 2022.

"Sehubungan itu, tahun ini, Zakat Melaka menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah berjumlah RM5.9 juta.

"Saya percaya dengan kesungguhan amil yang dilantik serta kerjasama daripada semua pihak dengan mempelbagaikan kaedah dan medium pembayaran zakat fitrah, ia dapat mempermudahkan lagi urusan atau proses pembayaran zakat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-sepanjang-ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064324 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list