CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7038|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan kanal antara penyelesaian banjir di Kuching

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Fadillah dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama penerima bantuan pada majlis penyerahan Baucar Bantuan 'Back2School' Parlimen P.194 Petra Jaya hari ini.

KUCHING: Pembinaan saluran atau kanal bagi mengalihkan air Sungai Sarawak ke Sungai Salak merupakan salah satu penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir di Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, projek tersebut yang menjadi sebahagian daripada rancangan tebatan banjir di Kuching kini dalam perancangan.

“Dengan adanya kanal ini, maka saluran air akan dipecah dua dan tidak lagi tertumpu di Sungai Sarawak sahaja.

“Tetapi (air) juga akan ke kawasan lain di Sungai Salak,” ujarnya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Baucar Bantuan 'Back2School' Parlimen P.194 Petra Jaya di Dewan Malaysia Jaya di sini, hari ini.

Fadillah menambah, proses reka bentuk bagi pembinaan kanal itu kini sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

“Kita harap apabila reka bentuk projek tersebut dah siap tahun ini, kita dapat buka tender.

“Dan kemungkinan tahun depan kerja-kerja pembinaan akan dapat bermula,” katanya.

Sementara itu, Fadillah dalam ucapannya memberitahu seramai 1,150 pelajar di kawasan Parlimen Petra Jaya menerima baucar bantuan 'Back To School' (Kembali Ke Sekolah) membabitkan peruntukan berjumlah RM115,000.

Pelajar berkenaan katanya, terdiri daripada 400 penerima dari kawasan Tupong, Semariang (400 orang), Satok (200 orang), Pending (100 orang) dan 50 penerima yang memohon melalui Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya.

Menurutnya, sumbangan itu mampu mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sekolah anak-anak.

“Menerusi sumbangan yang diberikan, anak-anak dapat bersedia untuk memulakan sesi persekolahan demi masa depan mereka,” ujar Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan para ibu bapa agar sentiasa memainkan peranan mendidik dan memantau perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057695 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list