CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6656|Reply: 0

[Kedah] 31,110 murid darjah satu mula alam persekolahan di Kedah

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian murid SK Pida Tiga di Tunjang, dekat Jitra ceria pada hari pertama persekolahan. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Sesi persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A termasuk di Kedah bermula hari ini dengan 354,771 pelajar dan murid menghadiri sekolah masing-masing.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 200,793 murid memasuki sekolah rendah dan 153,918 pelajar ke sekolah menengah di seluruh negeri ini.

“Keseluruhan Kedah mempunyai 752 sekolah iaitu 548 sekolah rendah dan 204 sekolah menengah. Terdapat dua sesi persekolahan dengan 687 melibatkan sesi pagi, dua (petang) dan 63 (pagi dan petang).

“Pendaftaran darjah satu bagi sesi ini pula adalah seramai 31,110 murid manakala bagi tingkatan satu pula adalah seramai 31,090 pelajar,” katanya pada sidang akhbar ketika meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Menyentuh tentang persediaan menghadapi Ramadan, kata Ismail, kantin sekolah diarahkan dibuka sepanjang bulan puasa untuk pelajar dan murid yang bukan beragama Islam.

“Ini adalah arahan yang dikeluarkan oleh KPM iaitu kantin harus beroperasi di semua sekolah tidak kira sedikit atau banyak pelajar yang bukan beragama Islam itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... sekolahan-di-kedah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.466147 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list