CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 0

[Sabah] 50 peserta wanita sertai bengkel dianjurkan MPWS

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Eliza (kiri), Dr Tarsiah (tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 50 peserta wanita daripada pelbagai latar belakang telah menyertai bengkel Penulisan Teks Ucapan dan Siaran Akhbar anjuran  Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media, Datuk Eliza Goh berkata, bengkel sehari itu dibahagikan kepada subjek praktikal dan teori.

"ara peserta diajar bagaimana untuk menulis teks ucapan dan siaran akhbar, dan mereka juga diberikan peluang untuk mempersembahkan hasil kerja pada penghujung sesi bengkel.

"Kami berharap bengkel ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk menghasilkan siaran media yang lebih berkualiti pada masa hadapan, bukan sahaja terhadap organisasi yang mereka wakili, tetapi juga satu kelebihan untuk kerjaya di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pengerusi MPWS Datuk Dr Tarsiah TZ Taman.

Sementara itu, Dr Tarsiah berkata banyak aktiviti telah dirancang pihaknya bagi memperkasakan kemahiran wanita di negeri ini.

"Ia termasuklah bengkel yang diadakan ini serta kursus yang sedang berlangsung seperti Akademi Kepimpinan Wanita (AKWan) dan Creating Millionaires Among Youth Women Entrepreneurs ([url=mailtoreaM@YME]CreaM@YME[/url]) programme," katanya.

Menurutnya, sejumlah 50 pelatih [url=mailtoreaM@YME]CreaM@YME[/url] telah berjaya mencapai jualan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun selepas menyertai program itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047548 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list