CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 0

[Sabah] Penerima Sijil Lot Komuniti Kg. Sayap dicadangkan tubuh koperasi

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode


SERAH: Ewon menyerahkan Sijil Lot Komuniti kepada seorang penerima.

KOTA BELUD: Penduduk Kampung Sayap yang menerima Sijil Lot Komuniti kebenaran mengusahakan kebun dalam Taman-Taman Sabah disarankan agar menubuhkan koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, penduduk kampung boleh menubuhkan koperasi pelancongan atau pertanian yang amat sesuai dilaksanakan di kampung itu.

“Saya mengalu-alukan usaha yang bakal dilaksanakan penduduk kampung, antaranya menubuhkan koperasi bagi membangunkan kawasan yang terlibat dalam pemberian sijil lot komuniti.

“Kementerian saya melalui agensi-agensi kita mempunyai skim dan program serta pembiayaan yang bersesuaian untuk membantu penduduk kampung merealisasikan hasrat mereka menubuhkan koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Penyampaian Sijil Lot Komuniti Taman-Taman Sabah di sini kelmarin
Ewon berkata, secara keseluruhannya seramai 70 penduduk Kampung Sayap menerima 90 lot melibatkan keluasan kawasan lebih 200 ekar.

Daripada jumlah penerima sijil lot, 47 orang adalah penerima tahun ini, manakala selebihnya telah diberikan beberapa tahun lalu.

“Sekembali dari luar negara nanti, saya akan melancarkan satu lagi program kementerian iaitu Rangsangan Koperasi Pelancongan.

“Sebanyak RM2 juta disediakan oleh kementerian saya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyokong koperasi yang terlibat dalam aktiviti perniagaan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan koperasi pelancongan adalah di Sabah, antaranya di kawasan Kadamaian, Kota Belud.

“Saya berharap penduduk Kg. Sayap merebuat peluang memajukan lagi aktiviti pelancongan di kampung ini melalui penubuhkan koperasi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.660560 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list