CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1652|Reply: 0

[Sabah] Alviana Ketua Bahagian STAR Melalap baharu

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode


MENANG: Barisan kepimpinan baharu Bahagian STAR Melalap merakamkan gambar kenangan.

TENOM: Alviana Linus menang Jawatan Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Air Sabah (STAR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dengan memperolehi 356 undi.

Beliau menang dalam persaingan dengan Datuk Lucas Umbul yang mendapat 263 undi, sekali gus berjaya memperolehi majoriti 90 undi pada pemilihan Ketua Bahagian STAR Melalap kelmarin.

Manakala, jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimenangi Julianus Cyriacus yang mendapat 376 undi apabila mengalahkan Jimmy Jawatah (262 undi), beliau menang dengan majoriti 65 undi dalam pertembungan satu lawan satu itu.

Tiga Jawatan Naib Ketua Bahagian masing-masing dimenangi Wong Tet Loi (376 undi), Marinu @ Nicholas Kilan (361 undi) dan Gansubin Yosundang (298 undi).

Ahli Jawatankuasa Bahagian berjaya dimenangi oleh Jadi Nariu (278 undi), Mohd Nizamuddin Hasan (331 undi), Baidos Bakaro (367 undi), Justin Sapou (346 undi), Gaidim Lajah (277 undi), Ranjit Rasid (291 undi) dan Hanif Steven menday (288 undi).

Alviana ketika menyampaikan ucapan menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan yang memberikan barisan baharu Bahagian STAR DUN Melalap.
Beliau akan cuba sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074092 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list