CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 0

[Sabah] Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan ke atas Sabah yang sama dengan mempersoalkan kedaulatan negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pendirian kukuh Kerajaan Persekutuan untuk tidak melayan dakwaan terbaharu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai United Tausug Citizens (UTC).

Hajiji berkata, Sabah juga mendapat sokongan masyarakat global mengenai perkara ini.

Beliau turut menegaskan sekali lagi bahawa rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Oleh itu katanya, sebarang tuntutan luar terhadap Sabah tidak akan diiktiraf oleh kerajaan negeri mahupun rakyat.

"Malah, tuntutan pewaris Kesultanan Sulu yang tidak berfungsi serta tidak berasas itu berakhir dengan pemenjaraan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hajiji menegaskan dakwaan oleh UTC atau mana-mana kumpulan ke atas Sabah tidak lain adalah hanya satu percubaan remeh semata-mata untuk mengganggu gugat keamanan negeri dan ia sama dengan mengancam kedaulatan negara.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai UTC yang mendakwa sebagai 'penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu' ke atas Sabah.

Beliau berkata, UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak US$15 bilion yang didakwa mereka sebagai 'Cession Money' (Wang Penyerahan Wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai 'Kerajaan yang berdaulat dan merdeka', selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

Azalina berkata, ia merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia.

Azalina turut menekankan bahawa Malaysia berjaya mengetepikan cubaan serupa di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara Dr Gonzalo Stampa.

“Kesultanan Sulu sudah tidak wujud selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.322197 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list