CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1724|Reply: 0

[Sabah] JIM Sabah tahan 22 PTI dalam Op Sapu di Tawau

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Semua PTI yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tawau untuk tujuan siasatan lanjut.

TAWAU: Seramai 22 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, menerusi Op Sapu yang dilancarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, di sini semalam.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, serbuan itu diadakan berdasarkan aduan awam yang diterima berikutan terdapat kebanjiran warga asing di lokasi berkenaan.

Katanya, Op Sapu itu dijalankan oleh Unit Penguatkuasa JIM Tawau bersama Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Kota Kinabalu di dua lokasi iaitu Balung dan Bombalai.

“Seramai 92 orang telah diperiksa dalam operasi berkenaan dengan jumlah tangkapan seramai 22 orang terdiri tiga warga Filipina dan 19 warga Indonesia.

“Semua tangkapan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tawau untuk tujuan siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sitti Saleha berkata, objektif operasi ini adalah untuk membanteras dan mengenal pasti mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bidang kuasa JIM.

“JIM Sabah akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak berkompromi dengan warga asing yang melakukan kesalahan tinggal secara haram di negara ini.

“Orang ramai diminta supaya terus memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada JIM jika terdapat kehadiran PTI di kawasan kediaman mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list