CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 0

[Sabah] PETRONAS dan YHM laksana program Pembersihan Pantai Likas

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode


GIMIK: Tan (tiga kiri) menyempurnakan gimik pelancaran bersama Siti Ayu (tiga kanan), Dr. Nurul (dua kanan), Leong (dua kiri) dan Najiha (kanan).

KOTA KINABALU: PETRONAS dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) menerusi program impak sosial mereka telah mengadakan Program Pembersihan Pantai Likas di Taman Awam Teluk Likas di sini.

Program yang mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Impactlution Sdn Bhd ini telah disertai seramai 200 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan, Badan-Badan Bukan Kerajaan tempatan, Pusat Ecocampus Universiti Malaysia Sabah dan penduduk setempat.

Penganjuran program pembersihan pantai ini merupakan sebahagian aktiviti di bawah projek rintis impak sosial PETRONAS Menyemai Masa Hadapan yang bakal dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Terengganu melalui kerjasama PETRONAS dan YHM.

Sebanyak 313.44 kilogram sampah telah berjaya dikutip oleh sukarelawan semasa program dan 69.92 kilogram daripadanya merupakan sampah yang boleh dikitar semula.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt semasa merasmikan Majlis Pelancaran Awal Projek Rintis Impak Sosial PETRONAS Menyemai Masa Hadapan dan Penutupan Program Pembersihan Pantai Likas berkata, penyertaan syarikat korporat sangat dialu-alukan untuk terus menganjurkan program seumpama ini di pantai-pantai seluruh Sabah khususnya di Kota Kinabalu ini.

"Ini kerana, usaha untuk menjaga kebersihan tidak terletak di bahu Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan sahaja, malah ia melibatkan semua pihak.

"semua pihak juga perlu mengubah sikap dan memberi komitmen yang serius terhadap penjagaan alam sekitar khususnya sungai dan pantai serta menjadikan ia sebagai amalan gaya hidup dalam kehidupan seharian," katanya.

Selain itu, menurut Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab, projek rintis yang dilaksanakan oleh PETRONAS ini adalah bertujuan memacu perubahan tingkah laku masyarakat dengan mewujudkan masyarakat yang lebih cakna terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pemanasan global dan perubahan iklim.

Katanya, ia juga untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti tempatan dalam elemen kitar semula dan pengurusan sisa buangan pepejal yang sistematik.

Beliau percaya pelaksanaan projek rintis ini mampu menyumbang penjanaan pendapatan kepada komuniti tempatan dengan jualan komersil produk kitar semula  yang bakal dihasilkan kelak.

Pelaksanaan projek rintis ini akan merangkumi tiga komponen utama iaitu program kesedaran awam (pembersihan pantai/sungai dan program pendidikan di sekolah), program peningkatan kemahiran (upskill) masyarakat setempat serta program pengumpulan sisa di pusat kitar semula yang memfokuskan kepada pengurusan sisa buangan terpilih iaitu plastik, minyak masak terpakai dan tekstil.

Buat permulaan, dua kampung di Kota Kinabalu telah terpilih menjadi lokasi pelaksanaan projek rintis impak sosial yang akan dilaksanakan bermula April 2024 iaitu Kampung Cenderamata II, Likas dan Kampung Warisan, Inanam.

Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia Dr. Nurul Muiz Murad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Leong Tze Fui dan Pengurus Kanan Pengurusan Impak Sosial PETRONAS Najiha Hambali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.089867 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list