CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2137|Reply: 0

[Sabah] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/09/gotong-royong-penting-demi-manfaat-bersama

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Nizam (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Julaydi.

TAWAU: Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki atau membina rumah digalakkan memohon program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan rumah bagi golongan B40.

Katanya, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di peruntukan sebanyak 22 buah Rumah Mesra SMJ yang boleh dipohon oleh rakyat termasuk dalam kalangan pesara ATM yang berkelayakan.

“Sekiranya terdapat pesara ATM yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah, mereka boleh mengemukakan cadangan kepada wakil rakyat di setiap kawasan.

“Saya difahamkan ada dalam kalangan pesara ATM yang dikategorikan sebagai senarai eKasih atau di bawah kategori B40,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Tawau, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempertimbangkan setiap permohonan Rumah Mesra SMJ sekiranya pesara ATM berkenaan betul-betul layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Nizam yang juga Penaung PVATM Tawau dalam pada itu berkata, beliau yakin kerajaan akan sentiasa melihat keperluan golongan pesara ATM dan berusaha menyelesaikan segala isu berkaitan termasuk isu pencen.

“Tahun ini sahaja sebanyak RM244 juta peruntukan disalurkan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan khusus membantu dan membela nasib pesara ATM menghadapi kos sara hidup yang mencabar,”katanya.

Terdahulu, Rumah Mesra SMJ yang bernilai RM80,000 seunit itu mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan di bawah garis kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.



ALBUM: Nizam bersama jawatankuasa dan ahli-ahli PVATM Tawau yang hadir dalam majlis ini.

Sementara itu, Ketua PVATM Cawangan Tawau Julaydi Mattuju menzahirkan terima kasih kepada semua Jawatankuasa dan ahli PVATM Tawau kerana banyak membantu menjayakan program yang dijalankan selama ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat di daerah ini yang banyak membantu dan menyumbang dalam setiap program yang dianjurkan oleh PVATM Tawau.

“PVATM Tawau sentiasa bersama kerajaan yang ada dan menyokong setiap program-program yang dilaksanakan khususnya untuk membantu pesara ATM di daerah ini,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Yang Dipertua PVATM Sabah, Marshid Mohd Salleh.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.379520 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list