CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2328|Reply: 0

[Sabah] Gotong-royong penting demi manfaat bersama

[Copy link]
Post time 10-3-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ronnie (tiga kiri), Alimat merakamkan gambar kenangan selepas program itu.

KOTA KINABALU: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Ronnie Loh telah menganjurkan Program Gotong-Royong bersama penduduk di Kampung Sembulan Lama.

Katanya, kebersihan persekitaran adalah penting kepada masyarakat agar hidup dalam suasana yang bersih dan selamat daripada pelbagai penyakit berjangkit akibat pencemaran.

"Pada hari ini, jam 8 pagi kami telah berkumpul di perkarangan rumah Alimat Hj Wajid untuk bergotong-royong.

"Saya turut menyumbangkan peralatan seperti penyapu, plastik sampah dan air mineral," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sumbangan berkenaan diterima oleh Alimat Hj Wahid sebelum aktiviti gotong-royong diadakan.

Katanya, program yang berakhir pada jam 10.30 pagi itu disertai sekitar 20 penduduk kampung daripada pelbagai peringkat umur.

"Saya mengadakan aktiviti ini dengan harapan agar masyarakat lebih peka terhadap kebersihan di sekitar mereka.

"Bulan puasa bakal tiba minggu depan, dan Hari Raya juga bakal menjelang, persekitaran yang bersih mampu memberikan suasana lebih kondusif kepada saudara serta kawan-kawan yang datang berhari raya," katanya.

Ronnie juga berterima kasih kepada Alimat serta keluarganya serta para penduduk yang hadir bersama-sama menjayakan program itu.

"Saya mahu mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan kepada semua masyarakat beragama Islam," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067132 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list