CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2639|Reply: 0

2 bahan dapur ini mampu bantu hilangkan jeragat, tak perlu ke klinik kulit!

[Copy link]
Post time 10-3-2024 07:01 AM | Show all posts |Read mode

Bintik hitam di muka dikenali sebagai jeragat merupakan masalah kulit yang masih dihadapi oleh ramai wanita berusia di Malaysia.


Masalah ini dipercayai berpunca daripada faktor umur yang telah memasuki 30-an atau tidak memakai sebarang produk sunblock iaitukrim pelindung matahari (UV).


Namun tahukah anda, jeragat di muka rupa-rupanya boleh dihilangkan tanpa perlu menggunakan produk penjagaan kulit atau rawatan kecantikan muka yang mahal.

Dengan hanya menggunakan dua bahan semula jadi di dapur, berikut kami kongsikan petua yang disarankan oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Dr Rizal Abu Bakar.


Buah limau kasturi
1. Potong limau kasturi kepada dua bahagian.
2. Perah dan guna kapas untuk sapukan pada bahagian yang ada jeragat.
3. Buat selama 10 ke 15 minit. Boleh diamalkan setiap hari
“Kandungan asid sitrik dalam limau kasturi ini bagus untuk buang sel kulit mati pada kulit muka. Setelah sel itu berkurang, barulah kulit akan menjadi lebih cerah,” katanya.

Ubi kentang
1. Kisarkan satu atau dua biji kentang.
2. Perahkan lebihan ekstrak jus daripada serat kentang
3. Campurkan jus kentang dengan madu dan jus limau kasturi atau lemon.
4. Sapu pada kulit selama 20 minit.
5. Buat sekali seminggu, boleh dicampur dengan serat (pilihan).


“Selain kurangkan bintik gelap dan jeragat, kentang merupakan bahan yang sesuai digunakan pada kulit kering dan menggulupas. Paling penting, tak menghakis kulit muka.


“Malah, kentang juga mampu membantu meredakan keradangan akibat jerawat serta membekalkan kelembapan pada wajah. Kulit pun lebih cerah dan berseri.” Ulasnya.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.492135 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list