CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15874|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Suspek pecah rumah pempengaruh wanita sudah ditahan

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dan tiga wanita yang terbabit dalam kes pecah rumah ahli perniagaan dan pempengaruh wanita menyebabkan kerugian RM3.5 juta di Padang Balang, Sentul, ditahan polis, hari ini.

Menurut sumber, mereka ditahan selepas dipercayai cuba menjual jongkong emas yang dilarikan daripada rumah ahli perniagaan terbabit.

"Suspek utama adalah lelaki terbabit yang memecah masuk rumah terbabit berseorangan dan kini mereka ditahan di Balai Polis Rawang untuk siasatan lanjut.

"Mereka juga ditahan kerana terbabit dengan kes lain di Selangor," katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan suspek ditahan hari ini.

Katanya, mereka masih ditahan polis Gombak kerana terbabit dengan kes lain di Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anita-sudah-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.103651 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list