CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11861|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Acah jadi mangsa rupanya ejen rekrut penipuan pekerjaan

  [Copy link]
Post time 9-3-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Shuhaily ketika berucap pada Program Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI, Brickfields hari ini.

KUALA LUMPUR – Ada di antara mangsa penipuan pekerjaan di luar negara yang telah diselamatkan berkemungkinan menjadi ejen rekrut sindiket berkenaan setibanya di negara ini.

Siasatan awal pihak polis mendapati, golongan tersebut turut menjalankan aktiviti mempengaruhi orang lain untuk mengikuti kegiatan mereka sebelum kembali ke luar negara semula.

Mendedahkan perkara tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menjalankan saringan sejurus kesemua mangsa tiba di negara ini.

Katanya, semakan mendapati terdapat jawapan beberapa mangsa ketika soal siasat seakan sama dan terlatih apabila menjawab soalan yang diajukan.

“Ada di antara mereka pernah ke luar negara sebelum ini. Apabila dipanggil, soalan yang dijawab seolah-olah telah dilatih oleh kesemua yang terlibat.

“Dengan menggunakan risikan, memang benar ada di antara mereka yang diselamatkan meyakinkan mereka untuk turut sama, dalam kata lain menjadi ejen rekrut kepada sindiket penipuan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI, Brickfields, hari ini.

Tegas beliau, ada diantara mereka memberikan petunjuk kembali ke negara yang dikenal pasti banyak aktiviti penipuan pekerjaan.

Sehubungan itu, Shuhaily menegaskan pihaknya telah menyediakan nota taklimat kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membendung perkara ini daripada terus berulang.

“Nota tersebut meliputi prosedur mengeluarkan dokumen perjalanan seterusnya mereka terus terlibat dalam konteks ini.

“Terpulang kepada pihak Kementerian untuk terus mengkaji dan apa juga input (pengisian) yang kita ada pihak JSJ akan kongsikan dengan Kementerian,” ujar beliau.

Tambah Shuhaily, seramai 16 individu mangsa penipuan setakat ini dikenal pasti dipercayai telah kembali ke luar negara.

“Kalau dia tidak terlibat dengan apa jua permasalahan, individu ini akan balik seperti orang biasa dan tiada kesalahan berlaku.

“Sekiranya ditangkap (jadi mangsa penipuan pekerjaan) di situ kita punya sangkaan jadi tepat dan mereka boleh bagitahu alibi apa yang mereka ada,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... penipuan-pekerjaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.157270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list