CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11192|Reply: 0

[Melaka] 3 kadar zakat fitrah 2024 di Melaka

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

AYER KEROH: Melaka menetapkan zakat fitrah tahun ini pada tiga kadar, iaitu RM7, RM14 dan RM21, sama seperti tahun lalu.

Ia susulan keputusan Majlis Fatwa Negeri Melaka yang mengadakan mesyuarat khas pada 19 hingga 21 November tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Zakat Melaka melantik seramai 1,029 amil untuk semua tiga daerah di negeri ini, membabitkan 385 amil di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (248) dan Jasin (216).

"Seramai 180 amil lagi dilantik dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan. Saya harap dengan pelantikan semua amil itu, dapat melancarkan pengurusan kutipan zakat fitrah serta memudahkan umat Islam setempat untuk melunaskannya di kariah masing-masing.



"Dengan pengalaman dan kepakaran amil yang menguruskan kutipan zakat fitrah sebelum ini, harapan saya supaya pembayaran zakat dapat diuruskan lebih sempurna dan prestasi kutipan tahun ini dapat dipertingkatkan dari segi jumlah pembayar dan kutipan," katanya.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, zakat fitrah juga boleh dibayar secara atas talian menerusi laman web rasmi Zakat Melaka, www.izakat.com, selain QRPay DuitNow, perbankan internet Maybank2u, portal MelakaPay serta aplikasi MelakaPay.

Beliau turut mengingatkan amil supaya mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Zakat Melaka seperti termaktub dalam Akujanji dan Peraturan Amil Fitrah Negeri Melaka, melaksanakan tanggungjawab dan amanah menguruskan wang fitrah dengan sempurna.

"Jujur dan amanah, kutip jumlah yang ditetapkan dan tidak boleh melangkaui kariah atau kawasan orang (amil) lain. Mereka perlu menyerahkan kupon fitrah, slip bank dan borang serahan kutipan zakat kepada Zakat Melaka selewat-lewatnya seminggu selepas Aidilfitri.

"Harapan saya supaya semua amil memahami segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... trah-2024-di-melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.338871 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list