CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10594|Reply: 0

[Selangor] Curi barang syarikat nak langsai hutang

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Barangan sejuk beku milik syarikat yang dicuri pemandu van di Hulu Kelang untuk dijual bagi melangsaikan hutang. FOTO IHSAN PDRM

Ampang Jaya: Tindakan pemandu van mencuri barangan sejuk beku milik syarikat bagi melangsaikan hutang pinjaman mengundang padah apabila ditahan polis di Jalan Hulu Kelang, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel EkramAbu Saare berkata, pengurus syarikat berusia 48 tahun membuat laporan polis pada Rabu lalu apabila ketika berada di kilang mendapati beberapa stok barang sejuk beku milik syarikat hilang.

Menurutnya, mangsa membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapati salah seorang pekerja mencuri barangan terbabit.

"Susulan itu, pada jam 10.30 pagi kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tahan lelaki berusia 37 tahun kerja pemandu van di Jalan Hulu Kelang,di sini, disyaki terbabit dengan kes yang disiasat.



"Pihak polis membuat rampasan telefon bimbit, anak kunci, pakaian, dan 11 kotak barang sejuk beku bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazruel Ekram berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah. Semakan dapati suspek mempunyai dua rekod lampau.

"Siasatan awal pihak polis dapati punca suspek mencuri barangan syarikat untuk dijual bagi mendapatkan wang membayar hutang pinjaman.

"Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 11 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -nak-langsai-hutang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.579966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list