CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10420|Reply: 0

[Perlis] Gerobok Rezeki bantu pelajar kurang berkemampuan

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Rozaimi ( belakang, kiri) ketika melancarkan Gerobok Rezeki KUIPs baru-baru ini.


KUALA PERLIS - Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) melancarkan Gerobok Rezeki untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan di kampus ini.

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) di bawah Pejabat Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) intitusi pengajian tinggi tersebut.

Rektornya, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh JHEPA bersama MPP ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar.

Katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud ‘Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah silatulrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk syurga dengan sejahtera dan selamat,’ (HR. al-Tirmidhi dan Ibn Majah).

"Etika dalam pemakanan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dan perlu diperhatikan ialah etika sebelum, semasa, dan selepas makan dan minum.

"Seseorang Muslim perlulah mengetahui adab dan etika ketika makan dan minum mengikut panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi membentuk keperibadian Muslim yang sejati," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

    Muhamad Rozaimi berkata, beliau turut menggalakkan warga KUIPs dan masyarakat luar untuk bersama-sama menyumbang dana atau barangan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar.

"Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi Muhd Iqmal Adi Zuraini, Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) di talian 012-7288774 atau melalui e-mel iqmal@kuips.edu.my untuk keterangan lanjut," ujarnya.

Jelasnya, sehingga kini barangan terdapat dalam Gerobok Rezeki ini ialah minuman, biskut kering, kurma dan lain-lain sumbangan dari Dana Tabung Kafalah.


Sementara itu Exco Kebajikan MPP, Muhamad Ikmal Din berkata, dengan Gerobok Rezeki yang dilancarkan oleh Rektor ini diharap dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan tidak cukup makanan serta meringankan beban rakan-rakan pelajar yang lain.

https://www.sinarharian.com.my/a ... kurang-berkemampuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048109 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list