CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9659|Reply: 0

[Selangor] Remaja 14 tahun antara tiga ditahan curi motosikal

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Antara suspek yang ditahan dipercayai terbabit kes mencuri motosikal di Pandan Jaya, Ampang Jaya, Rabu lalu.

AMPANG JAYA – Seorang remaja berusia 14 tahun antara tiga lelaki tempatan ditahan polis dipercayai terlibat kes kecurian motosikal di Pandan Jaya, di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, seorang lelaki tempatan membuat laporan kehilangan motosikal jenis Yamaha 135LC selepas meletakkannya di kaki lima kawasan tersebut.

Katanya, pengadu berusia 26 tahun mendakwa motosikalnya dicuri selepas meletakkannya dalam keadaan berkunci.

“Susulan laporan dibuat, sepasukan polis IPD Ampang Jaya berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 14 tahun hingga 59 tahun di Jalan Pandan 3/7, Pandan Jaya, di sini, kelmarin.

“Pihak polis turut membuat rampasan telefon bimbit, anak kunci dan satu buah motosikal jenis Yamaha LC135 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nazruel, ujian air kencing terhadap kesemua suspek mendapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

Jelasnya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod lampau, manakala suspek kedua dan ketiga tiada rekod lampau.

“Siasatan awal pihak polis mendapati modus operandi suspek mencuri motorsikal yang diparkir di kaki lima kawasan rumah kedai.

“Permohonan reman kesemua suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Sehubungan itu, Nazruel memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan mencuri sebuah kenderaan bermotor.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan mencuri kenderaan milik orang lain,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... han-curi-motosikal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.063697 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list